Nkhairil's Blog

June 26, 2009

Sibuk!

Filed under: Uncategorized — nkhairil79 @ 6:02 am

Some update after weeks of hectic schedule:

1. Nashwan was recovered from the chicken pox

Nashwan & chickenpox - tetap lepak..!

Nashwan & chickenpox - tetap lepak..!

2. We adopted 3 ekor anak kucing yg baru lepas bcerai susu. Mereka suka bermain di dlm “kebun bunga” di halaman belakang rumah kami. Pakcik kebun sure panas dgn mereka2 ini..hehe..  🙂

One of the anak kucing - to captured them is not that easy!

One of the anak kucing - to captured them is not that easy!

3. Nawfal is having his final term Early Year 1 in CIS. New term begin on Sept.

Nawfal - susah sungguh nak suruh budak kecik berposing!

Nawfal - susah sungguh nak suruh budak kecik berposing!

Nawfal - dah bosa dah anak den!!

Nawfal - dah bosa dah anak den!!

June 5, 2009

Catatan Umrah 26th May – 2nd June 2009

Filed under: Umrah — nkhairil79 @ 5:12 pm

Allah Maha Besar!

Allahhuakbar!

Pengalaman kali pertama ke Tanah Suci mengerjakan Umrah adalah pengalaman paling menakjubkan pernah saya lalui sepanjang saya hidup di muka bumi Allah SWT. Ia adalah satu pengalaman yang paling manis selama 2 hari di Masjid Nabawi, Madinah dan 5 hari di Masjidil Haram, Mekah.

Perancangan

Perancangan mengerjakan Umrah ini dibuat dgn keizinan Allah SWT semasa makan lunch bersama Tuan Haji Zaim, rakan sekerja berlainan deparment. Ia suatu perancangan dan keputusan yg agak pantas lebih kurang pada penghujung bulan April.

Dengan izin Allah SWT, kami membuat keputusan utk pergi ke Tanah Suci pada 26th May – 2nd April 2009, dgn mengambil penerbangan Saudi Airlines dari Doha ke Jeddah, dan mengupah pemandu persendirian dari Jeddah ke Madinah.

Tuan Haji Zaim yg mmg sudah berpengalaman ke Tanah Suci membuat arrangement tiket, Visa, hotel, dan pemandu persendirian utk kami berdua. Apabila Visa sudah diperolehi, kami proceed dgn membeli ticket Saudi Airlines, Elaf Taiba Hotel di Madinah, dan Zam Zam Hotel di Mekah. Kami merancang mengambil pemandu persendirian, Pak Taufik, seorg warga Indon yg telah menetap di Mekah selama lebih kurang 25 tahun.

Kami tidak mengambil mana2 pakej Umrah, cuma membuat arrangement sendiri kerana Tn Haji Zaim mmg sudah berpengalaman dlm arrangement sendiri.

Ujian di hari keberangkatan

Pertama kali ke Tanah Suci, hari penerbangan adalah hari yg agak nervous bagi saya kerana pertama kali ke Tanah Suci. Almaklumlah, saya bukan org yg sempurna. Banyak kali dgr cerita ttg “pembalasan” oleh Yg Maha Esa di Tanah Suci, membuatkan saya sedikit gentar.

Kegentaran saya menjadi nyata pada hari keberangkatan lagi. Begini :

Pada 26th haribulan May, setelah kami check-in di Doha Airport dan mendapat boarding pass, dan setelah “gate open announcement”, kami terus ke “gate” kami dan masuk ke boarding hall menunggu bas utk membawa kami ke pesawat. Penerbangan kami dijadualkan lebih kurang pada pukul 2 ptg. Apabila para penumpang sudah mula menaiki bas, “ground staff” Saudi Airlines meminta boarding ticket kami. Setelah kira2 15 minit dan hampir semua penumpang sudah menaiki bas kecuali kami,”ground staff” Saudi Airlines tiba2 mengatakan yg kami terpaksa di “offload” dari pesawat atas alasan – “the outside temperature is so high the aircraft need to offload some passenger”. Dan kami, bersama seorg lagi penumpang; 3 org, adalah “the unlucky one”. Dan kami 3 org, adalah antara penumpang yg paling bertubuh kecil sekali saya kira diantara penumpang2 yg lain. Pada pendapat saya, kalau atas sbb keselamatan mereka terpaksa “offload” penumpang dari pesawat mereka patut memilih 3 org yg paling berbadan besar berbanding kami yg mmg bertubuh kecil.

Dipendekkan cerita, penerbangan kami telah di “re-arrange” semula oleh Saudi Airlines, dan kami terpaksa menaiki penerbangan dari Doha ke Dubai dan dari Dubai ke Jeddah. Perancangan awal utk sampai ke Jeddah pada jam lebih kurang 4 petang telah “delay” dan kami sampai lebih kurang pada jam 11 malam.

Di Imigresen Jeddah

Kami seterusnya di uji oleh Allah SWT utk bersabar semasa di bahagian Imigresen Jeddah. Manusia sangat ramai, dan kami telah masuk ke dlm “queue” yg nampak seperti pendek, tetapi dek kerana jemaah di bahagian depan yg berebut2 maka tempoh masa kami utk sampai ke imigresen menjadi agak lama – lebih kurang 3 jam.

Kami dapati, jemaah dari M’sia adalah yg paling bertertib sekali, tidak berebut dan mengikut “queue” yg sebenar. Ketertiban jemaah dari M’sia dibuktikan apabila imigiresen staff yg memeriksa passport kami ber bisik kpd kami “From M’sia good! But from ****** no good!!”.

Kami keluar dari imigresen Jeddah lebih kurang jam 1.30 pagi, 27th May 2009. Di luar airport, Pak Taufik supir kami sudah sedia menuggu.

Dari Jeddah ke Madinah

Kami kemudian menaiki kereta Pak Taufik utk perjalanan dari Jeddah ke Madinah. Jarak perjalanan adalah sejauh 450km lebih kurang 6jam perjalanan mengikut speed limit yg dibenarkan iaitu 120km/j. Walaubagaimanapun, kami telah sampai awal 2 jam, kerana “keganasan” Pak Taufik memecut kereta kecilnya pada kelajuan purata 140-150km/j. Saya yg duduk dibelakang agak kecut perut dgn kelajuan begini, apatah lagi kereta Pak Taufik hanyalah kereta sedan kecil berkuasa rendah. Kereta agak terhoyong hayang di sepanjang perjalanan, namun Alhamdulillah kami sampai jugak di Hotel Elaf Taiba, Madinah pada jam lebih kurang 6 am.

Kami sebenarnya sampai lebih kurang 8 jam lewat dari perancangan awal. Terfikir saya mungkin Allah SWT telah “delay” ketibaan saya di Tanah Suci ada kaitan dgn tabiat saya suatu ketika dahulu – melengah2kan solat. Dulu, mmg inilah tabiat saya suka melengah2kan solat. Solat Zohor dilengah2kan sehingga hampir masuk Asar. Begitu juga dgn Maghrib dan Isya’. Saya sebenarnya betul2 insaf dgn apa yg berlaku, dan menyerahkan segala2nya kepada Allah SWT kerana niat kedatangan saya ke Tanah Suci hanya kerana Dia.

Di Madinah

Hotel kami terletak bersebelahan dgn Masjid Nabawi. Setelah sampai, kami check-in hotel dan terus mandi utk segarkan badan yg agak penat. Terus kami ke Masjid Nabawi.

Pemandangan Masjid Nabawi dari Hotel Elaf Taiba, Madinah

Pemandangan Masjid Nabawi dari Hotel Elaf Taiba, Madinah

Masuk ke dalam Masjid Nabawi, saya terus terpaku – Subhanallah!! Terus terang, masjid tercantik yg pernah saya lihat sepanjang hidup saya selama lebih kurang 30 tahun ini adalah Masjid Shah Alam & Masjid Putrajaya. Namun, Masjid Nabawi adalah beribu kali lagi cantik & indah daripada Masjid Shah Alam dan Masjid Putrajaya yg pernah saya lihat. Kecantikan dan keindahan Masjid Nawabi mmg tiada tolok bandingnya. Ia tersangat besar, tersangat cantik, tersangat rapi, tersangat indah, tersangat baik, dan segala2nya sgt indah! Di Masjid inilah terletaknya Makam Nabi SAW, dan sahabat Umar & Abu Bakar AS. Tn Haji Zaim membawa saya melawat ke sekitar masjid, ke Makam Nabi dan sahabat, dan juga ke Raudhah.

Ruang Raudhah, Masjid Nabawi. Kawasan ini mmg padat dan sentiasa ramai. Perhatikan di bahagian sisi seorg Polis berkawal, di situ adalah bahagian sisi Makam Rasulullah SAW.

Ruang Raudhah, Masjid Nabawi. Kawasan ini mmg padat dan sentiasa ramai. Perhatikan di bahagian sisi seorg Polis berkawal, di situ adalah bahagian sisi Makam Rasulullah SAW.

Raudhah, dikatakan antara tempat yg paling mustajab utk berdoa, adalah ruang antara mimbar dan rumah Rasulullah SAW yg mana baginda pernah bersabda:

“Di antara rumah dan mimbarku adalah taman daripada taman-taman syurga”

Ruang Raudhah ini sebenarnya di bezakan dari ruang lain dgn karpet berwarna hijau (bahagian lain karpet berwarna merah). Mmg terdapat agak ramai yg bersolat sunat dan berdoa di kawasan ini berbanding kawasan lain di Masjid Nawabi. Saya sendiri terpaksa bergilir dan cuba mencari ruang kosong di Raudhah utk bersolat sunat dan berdoa. Alhamdulillah, Allah SWT memberikan saya keizinan utk tidak ketinggalan bersolat di kawasan Raudhah.

Sebahagian hotel berhadapan dgn Masjid Nabawi, Madinah.

Sebahagian hotel berhadapan dgn Masjid Nabawi, Madinah.

Bahagian dalam Masjid Nabawi, Madinah.

Bahagian dalam Masjid Nabawi, Madinah.

Payung yg baru nak dibuka, Masjid Nabawi, Madinah.

Payung yg baru nak dibuka, Masjid Nabawi, Madinah.

Sisi 4 payung di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah.

Sisi 4 payung di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah.

Bahagian Masjid Nabawi, Madinah. Gambar diambil ketika nak masuk waktu Maghrib.

Bahagian Masjid Nabawi, Madinah. Gambar diambil ketika nak masuk waktu Maghrib.

Perkarangan Masjid Nabawi, Madinah setelah selesai solat Maghrib.

Perkarangan Masjid Nabawi, Madinah setelah selesai solat Maghrib.

Selipar free buleh didapati kalau selipar hilang di Masjid Nawabi, Madinah.

Selipar free buleh didapati kalau selipar hilang di Masjid Nawabi, Madinah.

Di dalam dan di sekitar kawasan Masjid Nabawi disedikan air ZamZam yg dibawa dari Mekah. Para2 pelawat boleh minum dgn sepuas2nya air ZamZam yg disediakan – FOC!

Berihram & perjalanan ke Mekah

Setelah satu hari setengah di Madinah, kami mula kemudiannya bergerak ke Mekah selepas Zohor pada 28th May 2009 dgn pemandu Ferrari kami, Pak Taufik. Kami sudah bersiap dgn pakaian ihram (Tn Haji Zaim yg mengajar saya bagaimana memakai ihram 🙂 ) semasa di hotel lagi sebelum di bawa ke Miqat Bir Ali utk berniat ihram sebelum meneruskan perjalanan ke Mekah.

Masjid di Madinah yg merupakan salah satu Miqat utk berniat ihram. Daripada sini, pantang larang ihram bermula.

Di perkarangan Masjid. Kelihatan jemaah2 lain berpakaian ihram utk berniat ihram.

Di perkarangan Masjid. Kelihatan jemaah2 lain berpakaian ihram utk berniat ihram.

Setelah berniat ihram, maka bermula pantang larang ihram seperti tidak boleh menutup kepala, tidak boleh memotong rambut, tidak boleh mengetip kuku, dan lain2 lagi (details boleh baca didlm buku2 Umrah dan Haji).

Di dalam perjalanan, kami melalui beberapa checkpoint dan Alhamdulillah semua dpat dilepasi dgn mudah dan lancer, terutama sekali checkpoint terakhir yg agak ketat (bak kata Pak Taufik) dapat di lepasi dgn sgt mudah. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah. Secara geologikalnya kawasan Madinah berbukit.

Dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah. Secara geologikalnya kawasan Madinah berbukit.

Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa lebih kurang 4 jam dgn Pak Taufik masih mengekalkan momentum 140-150km/j, selari dgn statusnya sebagai bekas pelumba F1 Indonesia :).

Di Mekah

Kami sampai di Hotel ZamZam lebih kurang jam 6pm, 28th May 2009. Hotel ZamZam terletak mmg betul2 bersebelahan dgn Masjidilharam. Kami diberi bilik di tingkat 23. Apabila masuk sahaj kedlm bilik, terus saya ke tingkap.

Subhanallah!! Kaabah betul2 dapat dilihat dari bilik kami!! Inilah kali pertama saya melibat Kaabah secara live. Terus hati melonjak ingin turun dan masuk ke dlm Masjidilharam secepat mungkin utk melakukan ibadah Umrah.

Subhanallah!! Kaabah, dari pandangan tingkap bilik hotel kami.

Subhanallah!! Kaabah, dari pandangan tingkap bilik hotel kami.

Setelah meletakkan beg, terus kami turun utk ke Masjidilharam melakukan ibadah Umrah. Dlm perjalanan turun, hati saya sebenarnya sgt berdebar2 kerana takut “tidak diterima” masuk ke dalam Masjidilharam. Hati berasa gentar kerana memikirkan cerita2 yg pernah didgr – tidak dapat melihat Kaabah walaupun di depan mata, sakit, dan sbagainya akibat dosa2 lampau. Kerana apa saya gentar? Kerana saya bukan manusia yg sempurna, dosa2 banyak dilakukan di suatu ketika dahulu. Saya gentar dan sgt gentar, tetapi saya berserah sepenuhnya kepada Allah SWT.

Pertama kali

Melangkah masuk kedalam Masjidilharam melalui pintu 1 King Abdul Aziz sgt menggentarkan. Manusia sgt ramai. Tetapi jumlah ini berkali2 ganda lebih ramai lagi di musim Haji, bak kata Tn Haji Zaim.

Terus melangkah masuk dan buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya melihat Kaabah Baitullah, Subhanallah! Allahuakbar! Sebetulnya, saya berasa sgt malu kepada Allah SWT. Bayangkan saya masih diterima sebagai tetamu Nya, walaupun banyak dosa2 saya kepada Nya di waktu lampau. Sesungguhnya benarlah Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang!!

Apa yg berlaku selepas pertama kali melihat Kaabah adalah suatu perkara yg tidak perlu saya ceritakan lagi…

Umrah

Tn Haji Zaim memimpin saya melakukan Umrah – tawaf, saie, dan kemudian bertahalul. Pantang larang ihram tamat setelah tahalul. Alhamdulillah, semua nya dapat disudahi dgn mudah dan lancar. Setelah tahalul, Tn Haji Zaim terus mengajak utk makan malam di tempat yg special utk celebrate kejayaan Umrah kami.

Menikmati hidangan makan malam selepas selesai melakukan ibadah Umrah.

Menikmati hidangan makan malam selepas selesai melakukan ibadah Umrah.

Dgn hanya berpakaian ihram, kami mencari2 restaurant yg bagus, dan akhir sekali kami sepakat utk makan di restaurant Al-Zahraa, ZamZam hotel. Kami makan dgn hanya berpakaian ihram :). Buat pengetahuan semua, pemandangan jemaah berpakain ihram membeli belah, dan masuk ke restaurant2 samada mewah atau tidak adalah pemandangan biasa di Mekah.

Agenda di Tanah Suci Mekah

Saya dan Tn Haji Zaim tidak mempunyai agenda yg spesifik di Tanah Suci Mekah melainkan menghabiskan masa di Masjidilharam. Kami hanya mempunyai tempoh lebih kurang 5 hari utk mendekatkan diri pada Nya semaksimum mungkin.

Antara buku2 yg saya beli di Mekah dan Madinah dan juga DVD utk Nawfal ttg cerita2 Nabi dan solat. Inilah rasanya kali pertama saya membeli buku sebanyak ini pada satu2 masa. Saya juga membeli buku ttg Mekah utk diberikan kpd rakan2 yg terpilih (hehe)

Antara buku2 yg saya beli di Mekah dan Madinah dan juga DVD utk Nawfal ttg cerita2 Nabi dan solat. Inilah rasanya kali pertama saya membeli buku sebanyak ini pada satu2 masa. Saya juga membeli buku ttg Mekah utk diberikan kpd rakan2 yg "terpilih" :). Kuantiti buku yg dibeli Tn Haji Zaim adalah "double" dari yg saya beli :).

Selain itu, masa kami hanya berjalan ke kedai2 buku di sekitar Masjidilharam, makan dan minum. Buat pengetahuan semua, kualiti buku2 agama seperti terbitan Darussalam dll, amat tinggi dan murah. Kami mengambil kesempatan membeli banyak buku2 yg agak sukar utk didapati di Doha.

Berjuang utk di saf hadapan

Selain beribadah di Masjidilharam, saya dan Tn Haji Zaim mempunyai satu misi – berada di saf hadapan Kaabah setiap kali waktu solat 5 waktu – seboleh mungkin di hadapan Multazam. Multazam adalah bahagian di antara Hajaratul Aswad (Black Stone) dan pintu Kaabah. Dikatakan bahawa selain daripada padang Arafah (semasa wukuf di musim haji), Raudhah (di Masjid Nabawi) dan Multazam adalah antara tempat yg mustajab utk memanjatkan doa.

Alhamdulillah, hampir setiap waktu solat, kami berjaya mendapatkan tempat di bahagian antara yg di hadapan sekali di Multazam. Namun begitu, perjuangan utk mendapatkan saf ini bukanlah mudah namun kami bersyukur dipermudahkan oleh Allah SWT dari hari ke hari semasa kami berada di Masjidilharam.

Bagaimanakah caranya? Di sini saya berikan panduan bagaimanakah anda juga boleh melakukannya – dgn izin Allah SWT:

Melalui pemerhatian kami, setengah jam sebelum Azan waktu solat, pengawal2 dan pegawai2 Masjidilharam akan mula “clear”kan bahagian hadapan Kaabah iaitu di bahagian pintu Kaabah dan juga di Hajaratul Aswad. Saf sebenarnya akan terbentuk secara sendiri oleh para2 jemaah pada waktu ini. Pada pemerhatian kami, lebih kurang 45 minit sebelum masuk waktu Azan, ada jemaah sudah mula berdiri atau duduk di bahagian hadapan ini utk “book” tempat itu. Jadi, utk mendapatkan saf di bahagian hadapan, kami cuba utk masuk ke bahagian ini lebih kurang 1 jam sebelum masuk waktu Azan. Alhamdulillah, strategi ini mmg berjaya – dgn izin Allah SWT tanpa perlu berebut2!

Hajaratul Aswad (Black Stone)

Saya mmg teringin utk mengucup Hajaratul Aswad. Tetapi melihatkan jemaah yg berebut2 – terlalu berebut2 – agak menawarkan hati saya utk menugucup Hajaratul Aswad. Masakan tidak, seorg pakcik tua menunjukkan sendiri tangannya yg luka berdarah – tersiat sedikit kulitnya – mungkin terkena objek tajam akibat berebut2 semasa hendak mengucup Hajaratul Aswad. Mengucup Hajaratul Aswad adalah sunat, tetapi sekiranya berebut2 sehingga buleh membahayakan seseorg, ia boleh jatuh hukum haram.

Saya berdoa kepada Allah SWT agar saya dapat mengucup Hajaratul Aswad dgn mudah, tertib, dan tanpa perlu berebut2. Sesungguhnya Allah SWT terlalu pengasih dan penyayang. Saya dan Tuan Haji Zaim dapat mengucup nya tanpa perlu berebut2, bertolak2, dan bersusah payah.

Allah SWT telah memberikan kami cara utk tidak berebut2 semasa mencium Hajaratul Aswad. Bagaimanakah caranya? Disini saya berikan sedikit panduan – dgn izin Allah SWT:

Waktu di antara Azan Asar dan Qamat agak panjang, lebih kurang 1/2 jam. Setengah jam sebelum waktu azan, seperti yg saya sebutkan di bahagian “Berjuang utk saf hadapan” di atas, pengawal2 dan pegawai2 Masjidilharam sudah mula “clear”kan bahagian hadapan Kaabah supaya dapat utk “set-up” tempat Imam. Jemaah yg masih berebut2 selalunya akan “dileraikan” oleh pengawal2 ini. Dlm masa yg sama, bahagian tepi Kaabah dari Hajaratul Aswad dan Rukun Yamani, ada jemaah yg akan membuat “queue” utk mencium Hajaratul Aswad. Melalui pemerhatian kami “queue” ini sebenarnya “tidak formal”, ia sebenarnya lebih kepada atas ihsan pengawal2 utk “allow” jemaah yg telah “queue” utk mengucup Hajaratul Aswad secara bergilir mengikut turutan “queue”. Justeru, melalui ilham inilah kami telah datang lebih kurang 1 jam lebih awal utk masuk ke dalam “queue” ini, dgn harapan agar pengawal2 memberi kebenaran kepada kami utk mengucup Hajaratul Aswad. Selalunya, pengawal2 akan membenarkannya, kerana waktu Azan Asar dan qamat yg agak panjang. Dan Alhamdulillah, Allah SWT telah memakbulkan doa kami – Hajaratul Aswad dapat dikucup dgn mudah.

Mukjizat Air Zam Zam

Air zam zam terdapat di sediakan di mana2 sahaja di MasjidilHaram beserta dgn gelas plastik pakai buang. Pada hari ahad, 30th May 2009, saya bangun tidur dan badan saya agak panas kerana demam – mungkin kerana berjuang mendapatkan saf bahagian hadapan di waktu zohor semasa matahari terik (musim panas di Mekah lebih kurang 37 deg C).

Saya tidak makan panadol, kerana ingin mencuba keberkatan dan kemujaraban air zam zam. Memetik kata2 Nabi SAW :

“Fever is a breeze from Hell, so cool it down with Zamzam water”

Yakin dgn kemujaraban air zamzam, saya minum sebanyak lebih kurang 3 gelas kecil di Masjidiharam. Subhanallah, badan saya terasa segar dan Alhamdulillah lama kelamaan demam saya beransur2 surut tanpa makan sebijik Panadol pun!

Melawat tempat2 Haji

Tuan Haji Zaim telah membawa saya melawat tempat2 ibadah Haji, seiring juga dgn tugas beliau sebagai Naqib Usrah Ali, Doha mengambil gambar2 terkini di tempat2 Haji utk persediaan kursus Haji kepada bakal jemaah M’sia di Doha. Pemandu kami tidak lain dan tidak bukan  bekas pemandu F1 Indonesia, Pak Taufik.

Padang Arafah

Padang Arafah

Di Muzdalifah

Di Muzdalifah

Di Mina. Beribu2 kemah2 kalis api utk para jemaah bakal Haji.

Di Mina. Beribu2 kemah2 kalis api utk para jemaah bakal Haji.

Tempat melontar jamrah di Mina. Ia sedang diupgrade kepada empat tingkat utk kemudahan para jemaah bakal Haji.

Tempat melontar jamrah di Mina. Ia sedang di"upgrade" kepada empat tingkat utk kemudahan para jemaah bakal Haji.

Inilah dia Pak Taufik, semasa melawat Mina. Kelajuan 150km/j adalah biasa baginya :)

Inilah dia Pak Taufik, semasa melawat Mina. Kelajuan 150km/j adalah biasa baginya 🙂

Kami menghabiskan masa kira2 2 jam melawat kawasan Haji. Sebenarnya jarak di antara satu kawasan tidaklah begitu jauh, tapi saya difahamkan di musim Haji nanti kesesakan pasti berlaku kerana lebih kurang 10 juta (atau lebih?) jemaah akan berada di sini pada satu2 masa.

Cemburu

Saya dan Tn Haji Zaim cemburu melihat pekerja2 awam Masjidilharam. Mereka merupakan pekerja biasa sahaja dgn tugas membersihkan kawasan masjid, menukar bekas air zamzam yg kosong, dan pelbagai tugas umum yg lain di dlm masjid. Tetapi mereka sgt bertuah kerana dgn tugas mereka di Masjidilharam, setiap kali waktu solat, mereka akan turut sama bersolat sekali. Sebelum memulakan tugas, saya pernah melihat sekumpulan mereka yg solat di hadapan Masjidilharam. Gaji mereka mungkin serendah beberapa ratus riyal tetapi syafaat yg mereka dapat beribadah di Masjidiharam mungkin telah berjuta2 kali ganda di sisi Allah SWT. Terus-terang, kami betul2 cemburu.

Pekerja2 di Masjidilharam. Anda cemburu?

Pekerja2 di Masjidilharam. Anda cemburu?

Nabi SAW pernah bersabda :

“A prayer in this mosque of mine  (Masjid Nabawi) is better than one thousand prayers anywhere else, except for Al-Masjid Al-Haram. A prayer in Al-Masjid Al-Haram is better than one hundred thousand prayers (anywhere else)”

Pernah kami berbual2 dgn seorg pekerja restaurant biasa di sekitar Masjidilharam. Dia hanyalah seorg pekerja restaurant biasa dari Bangladesh. Saya bertanya adakah dia gembira bekerja di sini? Dgn selamba dia mjawab – “Why not? Just next to Masjidilharam!”. Beliau hanya berumur 27 tahun dan sudah pun menunaikan haji!

Zam Zam Tower

Kami tinggal di Zam Zam hotel. Ia terdiri daripada 2 hotel – “wing” kiri dan kanan, di tgh2 merupakan shopping complex dan sedang dibina di bahagian tgh belakang sebuah “clock tower” yg bakal mjadi “clock tower” tertinggi di dunia.

Pemandangan Zam Zam tower. Wing kanan dan kiri adalah hotel. Di tgh2 adalah shopping complex dan di bahagian belakangnya sedang di bina clock tower.

Pemandangan Zam Zam tower. "Wing" kanan dan kiri adalah hotel. Di tgh2 adalah shopping complex dan di bahagian belakangnya sedang di bina "clock tower".

Pintu masuk ke Zam Zam shopping complex. Di dlmnya access ke hotel.

Pintu masuk ke Zam Zam shopping complex. Di dlmnya access ke hotel.

Keluar sahaja dari pintu Zam Zam shopping complex, terus ke pintu 1 King Abdul Aziz, Masjidilharam.

Keluar sahaja dari pintu Zam Zam shopping complex, terus ke pintu 1 King Abdul Aziz, Masjidilharam.

Bahagian dalam Zam Zam shopping complex.

Bahagian dalam Zam Zam shopping complex.

Tinggal di Zam Zam complex terasa berada seperti di “syurga”. Masakan tidak, benchmark time mereka adalah waktu solat. Sbg cth : apabila di tanya bila laundry kami akan sampai, jawapan dari staff hotel “after Isya'”, “after Asr”. Pekerja2nya semua lelaki Muslim. Shopping complex Zam Zam pula ibarat KLCC, pelbagai kedai berjenama sprt MAC, Mothercare, dll ada disini (walaupun sebahagiannya masih kosong disebabkan masih agak baru) – dan yg paling menarik semua pekerja kedai adalah lelaki Muslim. “Shoppers” pula semua menutup aurat samada memakai telekung, abaya, berpakaian ihram – tidak ada lansung yg berpakaian membuka aurat.

Ada juga suara2 yg saya dengar sebelum ini bahawa Zam Zam complex ini agak “too commercialize”. Tetapi, setelah melihat dgn mata kepala sendiri, pendapat peribadi saya adalah – mungkin K’jaan Arab Saudi ingin mewujudkan sebuah complex mewah yg 100% bercirikan Islam – dan Zam Zam complex bagi saya telah membuktikan bahawa pembangunaan & Islam mmg tentunya boleh seiring!

Tips dan nasihat

Berada selama lebih kurang 2 hari di Madinah dan 5 hari di Mekah tidak lansung melayakkan saya memberikan sedikit tips dan nasihat kepada rakan2 semua. Namun, setiap saat di Tanah Suci adalah satu pengalaman berharga yg patut saya kongsikan bersama. Berikut adalah sebagai panduan dan nasihat yg tidak seberapa:

1. Kepada yg belum pergi ke Tanah Suci, nasihat hanyalah satu – pergilah dgn segera! Terus-terang, saya mengalami satu pengalaman yg sgt hebat, indah, manis, menakjubkan, menginsafkan dan mcm2 lagi pengalaman yg terlalu sukar utk diungkapkan dgn kata2 betapa hebatnya Tanah Suci. Kalaulah saya tahu betapa hebatnya & manisnya Tanah Suci, sudah lama saya pergi tanpa bertangguh2.

Pergilah di usia yg masih muda dan jgn bertangguh! Saya melihat sendiri di sana ramai org2 tua, bertongkat, berkerusi roda, terbongkok2 dsbgnya dtg mengerjakan ibadah. Mungkin mereka “berjaya” ke Tanah Suci setelah berpuluh tahun mengumpul wang.

Kalau kita mampu membeli 3-4 biji rumah dan 2-3 biji kereta, kenapakah kita begitu berkira utk ke Tanah Suci? Percayalah, ia satu pengalaman yg tersgt hebat yg tidak dapat anda lalui sepanjang hidup di dunia ini.Tidak perlu lah takut dgn dosa2 lampau, percayalah Allah SWT itu terlalu pengasih dan penyayang!

It was reported that Ali RA narrated that the Prophet SAW said:

“Do a lot of Tawaf around this House, as much as you can before you are prevented from doing so. It is as if I can see him, with a small head and small ears, destroying it with his shovel.”

(Destruction of Kaabah at the End of Time, from the book of “Holy Makkah – Brief History, Geography & Hajj Guide” prepared by a Group of Scholars under the supervision of Shaikh Safiur-Rahman Mubarakpuri)

2. Beribadahlah sepuas2nya di Tanah Suci. Saya tidak dapat memberi gambaran bagaimana manisnya beribadah di Tanah Suci. Ia terlalu sukar digambarkan dgn kata2.

3. Kurangkan makan makanan yg berat2 di Tanah Suci. Kepada yg mempunyai perut yg sensitif seperti saya, saya nasihatkan agar makan makanan yg ringan2 sahaja. Ini adalah kerana, toilet berada di luar masjid. Agak menyusahkan sekiranya terpaksa ke toilet semasa sudah berada di dlm Masjidilharam. Makanan “org arab” biasanya terlalu banyak utk seorg rakyat M’sia. Cuba bahagikan kepada 2-3 bahagian agar tidak membazir.

Tn Haji Zaim bersama nasi beriyani semasa di Madinah. Biasanya sepinggan nasi beriani buleh di kkongsi 2-3 org perut org Msia...hehe...

Tn Haji Zaim bersama nasi beriyani semasa di Madinah. Biasanya sepinggan nasi beriani buleh di kkongsi 2-3 org perut org M'sia...hehe...

4. Kepada yg sensitif kepada air sejuk (batuk dsbgnya), minum air zamzam “not cold”. Ini mmg disediakan dimerata tempat di dlm Masjidilharam. Tips ini sebenarnya dari Tn Haji Zaim, Alhamdulillah saya tidak pernah mengalami sakit batuk semasa di Tanah Suci.

Air ZamZam not cold

Air ZamZam "not cold"

5. Berjuanglah utk saf di hadapan. Berada di saf antara bahagian hadapan di depan Kaabah adalah suatu perkara yg sungguh indah. Ruang sgt sempit bahu ke bahu (shoulder to shoulder), tetapi sebenarnya inilah yg digalakkan dlm membuat saf solat supaya rapat2 antara bahu ke bahu. Perasaannya seolah2 sama berada di bahagian hadapan medan peperangan Jihad!

6. Tidak perlu berebut2 semasa hendak mengucup Hajaratul Aswad. Saya telah berikan panduan seperti di atas. Tetapi ingat, semua berlaku dgn izin Allah SWT.

7. Sling bag yg buleh di lilitkan ke bahu dan pinggang amatlah berguna. Yg saya lihat, jemaah dari M’sia diberikan sling bag yg buleh dililitkan di bahu sahaja. Agak menyusahkan ketika hendak solat. Tn Haji Zaim menyarankan agar menggunakan sling beg yg buleh juga di “clamp” di pinggang. Ia mudah semasa hendak solat. Perlu diingatkan bahawa kebanyakkan jemaah biasanya dinasihatkan menyimpan bersama2 selipar di dlm bag yg di bawa ke mana2.

8. Perkara ini biasa didgr – jgn bercakap besar dan sentiasa sabar. “Be tough but dont try to be tougher”. Jemaah dtg dari pelusuk dunia. Badan mereka terutama dari Africa dan Arab besar2. Tolak menolak kadang2 berlaku, tetapi sabarlah kerana Allah SWT sentiasa bersama dgn org yg sabar.

9. Tinggalkan tabiat ber”shopping” seperti kain, baju, dsbgnya. Sebaliknya saya nasihatkan agar membeli beberapa naskah Al-Quran dan waqafkan di Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Begitu juga saya nasihatkan agar membeli beberapa ratus kurma (selalunya dipaket dlm kotak kecil, 2 riyal/kotak) utk disedekahkan kepada mereka yg berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Masjidilharam ada disediakan tempat berbuka pada mereka yg berpuasa Isnin dan Khamis.

Hikmah

Manusia berebut utk mencium batu dari syurga (Hajaratul Aswad) dan berebut utk berada di saf hadapan, tetapi adakah manusia pada zaman sekarang berebut2 melakukan amal kebaikan utk masuk syurga?

Allah SWT terlalu pengasih dan pemurah. Dia memberi terlalu banyak rezeki utk kita semua. Adakah kita ikut dan patuh kepada perintah Nya dan meninggalkan segala larangan Nya? Yg pasti bila2 masa sahaja Dia boleh menarik segala nikmat yg kita kecapi skrg.

Dan banyak lagi hikmah yg dapat saya lihat semasa berada di tanah suci…

Tawaf Wida’

Sebelum berangkat pulang ke Doha pada pagi 2nd June 2009, kami melakukan Tawaf Wida’ atau tawaf selamat tinggal. Langkah saya terlalu berat utk meninggalkan Masjidilharam pada setiap kali pusingan. Apa yg berlaku semasa tawafa wida’ tidak perlulah saya ceritakan disini kerana ia terlalu sukar….

Terima Kasih

Tidak pernah dalam seumur hidup saya menulis blog sebegini panjang. Namun, pengalaman tersangat manis di Tanah Suci membuatkan saya rasa harus utk menyebarkan kepada semua ttg perlunya merasai kenikmatan beribadah di Tanah Suci. Percayalah, ia terlalu manis sehingga tidak boleh diungkapkan dgn kata2.

Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana mempertemukan saya kepada 2 hamba Allah SWT ini – Tn Haji Zaim dan Prof Dr Muhd Kamil. Saya belajar banyak perkara dgn Tn Haji Zaim. Ceramah Prof Dr Muhd Kamil dan juga tulisannya didlm buku Travelog Haji telah banyak mengubah persepsi saya kepada apa yg saya lalui suatu ketika dahulu. Saya mendoakan kesejahteraan mereka dan keluarga di dunia dan di akhirat.

Bertemu Prof Dr Muhd Kamil dan anak2nya pada pagi Subuh hari terakhir di Mekah. Secara kebetulan beliau berada di Mekah, berhubung dgn Tn Haji Zaim dan kami berjumpa setelah solat Subuh.

Bertemu Prof Dr Muhd Kamil dan anak2nya pada pagi Subuh hari terakhir di Mekah. Secara kebetulan beliau berada di Mekah, berhubung dgn Tn Haji Zaim dan kami berjumpa setelah solat Subuh.

Bersama Tn Haji Zaim di Jabal Rahmah, Arafah.

Bersama Tn Haji Zaim di Jabal Rahmah, Arafah.

Saya juga bersyukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan kepada saya seorg isteri yg sporting. Beliau sanggup “merelakan” pemergian saya ke Tanah Suci tanpa membawanya bersama kerana menjaga 2 org anak kecil kami yg sememangnya lasak!

Cabaran

Adakah saya mampu utk mengekalkan kualiti ibadah selepas balik ke Doha? Ini adalah cabaran yg saya bakal lalui.

Walaubagaimanapun, yang pasti saya mungkin tidak akan lama di Doha kerana terlalu rindukan Masjidilharam! 🙂

May 24, 2009

Panning

Filed under: Panning — nkhairil79 @ 4:42 pm

Digging into my old shots again, found couples of panning shots. Susah nak ambik shot panning nih sbb tak berapa terer. 

 

Model: Alisya (the daughter of Mr Adam Abu Hassan, Presiden of MAQ). Taken at Corniche, Qatar 13th March 2009.

Model: Alisya (the daughter of Mr Adam Abu Hassan, Presiden of MAQ). Taken at Corniche, Qatar 13th March 2009.

 

Model : Pakcik Basikal meredah traffic di Ho Chi Minh City, Vietnam. Taken: 21 June 2007.

Model : Pakcik Basikal meredah traffic di Ho Chi Minh City, Vietnam. Taken: 21 June 2007.

 

 

Model: Pramugari MAS tgh rushing nak gi kerja (agaknye lah), KLIA. Taken: 26th Sept 2007.

Model: Pramugari MAS tgh rushing nak gi kerja (agaknye lah), KLIA. Taken: 26th Sept 2007.

May 22, 2009

Day-3

Filed under: Uncategorized — nkhairil79 @ 6:13 am

Summer is just started in Doha. This means a lot – one of them is the normal tap water temperature will be almost the same as the water heater temperature; the normal daylight temperature is above 40 deg C; and definitely no sand dune event during this time.

Digging an old photos…well, actually not really old, one of the winter events organized by Malaysian Assoc Qatar (MAQ) – Sand Bashing at Inland Sea Qatar 27th Feb 2009. We’re having a lot of fun. Back home, everybody was so tired and N&N (Nawfal & Nashwan) was sleeping like no more tomorrow. Ha ha….

The cars (4WDs) lined up, waiting for instruction from organizer

The "cars" (4WDs) lined up, waiting for instruction from organizer

Marshalls was giving the instructions

Marshalls was giving the instructions

The Journey begins

The Journey begins

Stuck and help

Stuck and help

Barisan kereta2 berkuasa kuda

Barisan kereta2 berkuasa kuda

Waiting turn to slide down 45 deg slope

Waiting turn to slide down 45 deg slope

The 45 deg slope

The 45 deg slope

Arriving Inland Sea

Arriving Inland Sea

Barisan peserta

Barisan peserta

Shot

Shot

Tanggungjawab kepada Yang Maha Pencipta tidak dilupakan

Tanggungjawab kepada Yang Maha Pencipta tidak dilupakan

Action being taken

Action being taken

Senjakala

Senjakala

Dark and time to go home!

Dark and time to go home!

May 20, 2009

Day-2

Filed under: Uncategorized — nkhairil79 @ 1:26 pm

Nashwan is having a chicken pox. Kesian. But that’s something that he needs to experience himself. I got it when I was 10 years old!!

 

Nashwan during his unChicken-Pox time..

Nashwan during his un"Chicken-Pox" time..

 

Nashwan - in his early years time...

Nashwan - in his early years time...

 

Nashwan having fun with his brother, Nawfal

Nashwan having fun with his brother, Nawfal

May 19, 2009

The Beginning

Filed under: Uncategorized — nkhairil79 @ 6:15 pm

This blog is all about photography; whatever that I’ve taken using my humble gear & limited knowledge of photography. There will be some story of my life, my family, and my journey….enjoy….yieha!!

Nawfal Najmi & his candles

Nawfal Najmi & his candles

Hello world!

Filed under: Uncategorized — nkhairil79 @ 4:54 pm

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Blog at WordPress.com.